suria

Wanita bengang kawan baik 'curi' nama anak

Seorang wanita bengang apabila kawan baiknya menggunakan nama sama untuk bakal anaknya.

SEORANG wanita berkongsi perasaan kecewa apabila rakan baiknya ‘mencuri’ nama yang bakal diberikan kepada anaknya.

Wanita yang tidak mahu dikenali itu berkongsi perasaan marahnya di Reddit dan turut meminta pendapat sekiranya dia ingin ‘membuang’ kawan itu dari hidupnya.

Dia menjelaskan apabila mengandung atau bakal melahirkan anak, nama anaknya itu telah dipilih oleh mendiang ibunya dan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Rakan baiknya mengetahui kisahnya, tetapi tetap menggunakan nama itu untuk anak sendiri.

“Saya ada memberitahunya bahawa ibu saya mencadangkan nama bakal anak dan saya amat menyukainya.

“Ia sangat unik dan nama itu berasal dari negara yang dia lahir.

“Ibu saya sudah tiada, jadi ia sesuatu yang amat saya ingin buat apabila mempunyai anak kelak.

“Beberapa hari lalu saya ternampak rakan baik saya memuatnaik gambar 3D sonogram dan mendedahkan nama bakal bayinya.

“Ia adalah nama yang akan digunakan untuk anak saya kelak,” tulis wanita tersebut.

Kisahnya itu mendapat perhatian dan rata-raya menganggap rakan baik wanita itu sebagai pentingkan diri sendiri.

“Dia sengaja menyakitkan hati anda. Saya tidak idea bagaimana dia begitu pentingkan diri sendiri.

“Buang sahaja dia dari hidup anda dan apabila ada anak kelak, gunakan sahaja nama yang dicadangkan oleh ibu. Jangan biarkan dia ‘kacau’ anda.” - Mirror.co.uk

nama bayi, putus kawan

Artikel Lain