SEORANG pelajar berusia 22 tahun menjalani lebih 15 pembedahan plastik dalam setahun untuk kelihatan seperti patung Barbie. Andrea Ivanova dari Burgas, Bulgaria kelihatan jauh berbeza selepas setahun. "Sejak kecil lagi saya menyukai Barbie dan mengimpikan untuk kelihatan seperti dia suatu hari nanti," katanya. Dia dilaporkan menyuntik asid hyaluronik di bibirnya dan 'mengisi semula' setiap kali bibirnya mengecut. Wajah Andrea sebelum melakukan transformasi. Foto CEN/@andrea.ivanova.35 Dia berkata: "Saya mungkin buat lebih 15 pembedahan sejak itu (2018). Saya tidak kira, mungkin lebih lagi." Walau bagaimanapun, netizen mengkritik penampilannya yang lebih kelihatan seperti watak kartun itik Daffy Duck berbanding Barbie. "Kamu melakukannya secara berlebihan. Kamu kelihatan seperti Daffy Duck!," komen seorang netizen. - Mirror UK