TELEFON bimbit jenis 'flip' pernah menjadi telefon terhangat sebelum ini, tetapi kini ia dianggap sebagai antik. Syarikat-syarikat pula nampaknya membayar kepada sesiapa yang menggunakan telefon jenis 'flip' berbanding telefon pintar. Sempena menyambut ulang tahun ke-30 pertama kali telefon 'flip' diperkenalkan, penyedia perkhidmatan telefon dan Internet, Frontier Communications mengumumkan bahawa ia akan membayar kepada sesiapa sebanyak AS$1,000 (RM4,163) sekiranya menggunakan telefon itu. Syaratnya adalah individu berkenaan tidak boleh menggunakan telefon pintar mereka selama seminggu dan bertukar menggunakan telefon 'flip'. Bagi melayakkan diri sebagai pemenang bertuah, mereka perlu merekod berapa lama ia mengambil masa untuk melakukan tugasan mudah. Antara tugasan tersebut seperti menghantar mesej atau emel menggunaka telefon berkenaan, berapa lama mereka dapat tidur dan sama da produktiviti mereka bertambah dalam eksperimen seminggu itu. - odditycentral