SEORANG ibu mendedahkan perkara pelik yang dilakukan menggunakan pencuci mulutnya. Tindakan itu mengelirukan ramai dan segelintirnya menganggap ia sebagai menjijikkan. Menerusi satu perkongsian di halaman Facebook kumpulan 'We Love Mrs Hinch', wanita yang bernama Nikki berkongsi gambar kakinya di dalam mangkuk basuhan. Mangkuk itu sebenarnya mengandungi pencuci mulut warna kebiruan berperisa pudina Dia kemudian mendakwa produk itu 'luar biasa' kerana membantu mengatasi kulit kering dan menjadikan kulit selembut bayi. Beberapa individu kemudian membantu agar tidak mengamalkan petua tersebut di rumah, dengan mendakwa berbuat demikian hanya menyebabkan kaki berwarna kebiruan. Ia sekali gus menunjukkan bahawa kaki tidak boleh dibiarkan terlalu lama di dalam bekas yang mengandungi pencuci mulut. - Mirror UK