suria

Pekerja restoran makanan segera dipecat gara-gara 'mandi buih' dalam sinki dapur

Seorang remaja yang juga pekerj dilihat mandi di sinki restoran makanan segera.

SEORANG pekerja dipecat selepas kantoi mandi di sinki sebuah restoran makanan segera.

Remaja yang tidak didedahkan namanya itu tersebut dirakam sedang mandi dan video itu menjadi viral.

Cawangan makan segera yang terkenal di Florida itu mengambil keputusan memecat remaja tersebut.

Klip rakaman tersebut dikongsi di laman media dengan kapsyen: "Saya cadangkan semua orang tidak lagi makan di Milton Wendy."

Di aplikasi Snapchat, remaja itu jelas kelihatan memasuki sinki besar itu dengan dipenuhi air dan sabun.

Kedengaran suara seseorang yang dipercayai rakan kepada remaja itu berkata: "Masuk ke dalam itu, mandi. Bagaimana rasanya?'

Dan remaja itu menjawab ringkas: "Ia hangat".

"Rata-rata netizen yang menonton video tersebut ternyata amat menggelikan dan juga remaja itu melakukan kelakuan yang tidak matang. -metro.co.uk

Mandi, sinki, remaja, restoran

Artikel Lain