KEHADIRAN seekor buaya di atas jalan raya menyebabkan berlakunya kesesakan trafik. Menerusi kejadian yang berlaku di Tampico, Mexico, seorang pegawai polis dilihat mengawal lalu lintas bagi membolehkan reptilia itu melintas ke seberang jalan. Rakaman kejadian turut dimuat naik ke Facebook pada 11 Jun lalu. Ia sehingga kini menerima lebih 900,000 tontonan. Kebanyakan pengguna jalan raya yang menghentikan kenderaan mereka turut terpegun melihat situasi itu. Menurut media tempatan, pasukan bomba tiba di lokasi kejadian bagi membantu haiwan itu kembali ke habitat asalnya, sebuah tasik berhampiran lokasi itu. - Daily Star.