SEORANG lelaki menderma salah satu daripada tiga jari kakinya yang mereput akibat 'frostbite' ketika menyertai larian ultra-maraton dengan cuaca negatif 50 celsius. Nick Griffirths hilang tiga jari kakinya pada 2018 ketika acara larian yang berlangsung di Kanada. Selepas setahun menjalani persiapan menyertai acara larian itu, bekas tentera laut tersebut tersingkir kerana jari-jarinya mula membeku dan hilang rasa. Namun lebih memburukkan apabila kaki kirinya mula berdepan dengan frostbite (beku dan hilang rasa) dan pihak medik memberi amaran dia boleh kehilangan kesemuanya jari. Ketika menjalani rawatan di sebuah hospital Kanada, lelaki berusia 47 tahun itu diberitahu mengenai sebuah hotel di Dawson City yang terkenal menyediakan 'Sourtoe Cokctail'. Nick menghantar surat kepada pihak bar bagi menyerahkan salah satu jarinya. Ia merupakan satu tradisi Kanada pada tahun 1973 satu tradisi minuman keras yang diletakkan jari manusia yang dimemumiakan. Berikutan dengan itu, Nick berminat untuk menderma salah satu jarinya selepas sekumpulan doktor di United Kingdom menyuruh lelaki itu menyimpannya. Nick terus menghantar surat kepada bar di hotel itu sekaligus membolehkan dia dan keluarganya menikmati minuman keras di situ. Nick menghantar surat pada Mac lalu dan menerima pengesahan daripada hotel tersebut. Pihak bar tersebut mendedahkan lebih 100,000 orang menyertai majlis rasmi Sourtoe Cocktail Club dengan minuman keras yang diletakkan jari di dalamnya. Syarat utama meminum Sourtoe Cocktail ia ialah jari itu perlu menyentuh bibir. Terry Lee yang dikenali 'Toe Master', memberitahu: "Ia mengambil masa enam minggu untuk memumiakan jari bersama garam sebelum dihidangkan. "Kami berharap Nick akan dapat melawat kami dan bergembira dengan jarinya sendiri satu hari nanti." -metro.co.uk