suria

Amaran tsunami di Kepulauan Kermadec selepas gempa bumi 7.4 magnitud

Gempa bumi berlaku di kawasan L'Esperance.

KEPULAUAN Kermadec di luar pantai New Zealand digegarkan oleh gempa bumi berukuran 7.4 magnitud.

Laporan awal berkata, gempa bumi  itu melanda pada pukul 11.54 malam waktu Britain dengan amaran Tsunami di kawasan pantai sejauh 300 kilometer dari pulau.Kermadecs terletak 800 kilometer dari pantai utara New Zealand.

Gempa bumi ini berpusat sekitar 150 kilometer dari batu L'Esperance, di tengah-tengah antara New Zealand dan Tongo.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata: "Berdasarkan parameter gempa bumi awal, kemungkinan gelombang tsunami berbahaya akan berlaku di kepulauan  yang terletak dalam jarak 300 kilometer dari pusat gempa bumi.

"Tidak ada tanda-tanda ancaman tsunami di negara-negara lain namun Fiji, Samoa, dan Kepulauan Solomon, dapat mengalami turun naik paras laut. -mirror.co.uk

Tsunami, New Zealand, gempa bumi

Artikel Lain