SEORANG pelancong British meminta sebuah hotel agar membayar bil perubatan yang perlu ditanggungnya. Lelaki itu bertindak terjun dari bangunan hotel itu sebelum dia terjatuh ke atas pokok dan mengalami patah tulang selangka. Malah, dia turut mengalami kecederaan patah beberapa tulang rusuk. Biarpun terjun atas keputusan sendiri, lelaki itu seperti cuba berdalih bahawa ia merupakan satu kemalangan yang tidak disengajakan. Dakwa lelaki itu, dia terjatuh kerana licin. Namun, rakaman video pula membuktikan sebaliknya. Dalam tuntutannya, lelaki itu mahu hotel berkenaan membayar £33,000 (RM173,1950) untuk kes perubatannya. Kejaidan berlaku pada Isnin, namun nama hotel berkenaan tidak didedahkan. - The Sun.