SEORANG wanita bergelar ibu bertindak kejam apabila menarik kemaluan anak lelakinya yang berusia sembilan tahun hingga putus.
Perbuatan itu didakwa dilakukan dengan seorang lagi wanita, dipercayai pasangan sejenis ibu kanak-kanak itu.
Dia dikatakan bertindak sedemikian apabila berang diingatkan mengenai bapa kanak-kanak itu.
Selain perbuatan itu, Rosana Cândido, 27,dan Kamyla Pessoa, 28, didakwa menikam serta memenggal kepala kanak-kanak itu sehingga meninggal dunia.
Malah, mereka juga dikatakan mencungkil mata kanak-kanak itu menggunakan pisau.
Sebahagian anggota badan mangsa ditemui di kediaman mereka di Brazil.
Menurut pihak polis, kekejaman itu ternyata mengejutkan ramai. - Daily Star.