KEMATIAN bekas presiden Mesir, Mohammed Morsi mendapat perhatian kumpulan hak asasi manusia. Dikenali sebagai Human Rights Watch, ia menggesa agar Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu agar melancarkan satu siasatan berhubung kematian itu. "Sejak beberapa tahun ini Morsi tidak dilayan dengan baik oleh kerajaan, penjagaan perubatan yang tak mencukupi dan halangan lawatan keluara serta akses kepada peguam. "Malah, kerajaan Mesir melakukan perlanggaran hak ke atas Morsi apabila dia tidak diberi hak yang standard," ujar Sarah Lee Whitson. Wanita itu merupakan Pengarah Human Rights Watch Timur Tengah dan Afrika Utara. Morsi yang digulingkan tentera pada 2013 meninggal dunia di mahkamah. Dia rebah selepas sesi perbicaraan yang mana dia menghadapi pertuduhan intipan. Berusia 67 tahun, dia dijatuhkan menerusi protes selepas setahun memegang tampuk pemerintahan yang dipilih secara demokratik. Dalam pada itu, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menyalahkan kekejaman Mesir atas kematian Morsi. "Sejarah tidak akan lupa kekejaman yang memenjarakan dan mengancam Morsi untuk diusir," ujar Erdogan menerusi stesen televisyen Turki. Dia merupakan salah seorang sekutu rapat Morsi. - BBC Indonesia/AA.Com.