SEORANG bapa berdepan dengan hukuman penjara selepas dikaitkan dengan penderaan psikologi terhadap keluarganya. Salamat Khan,63, didakwa mengawal keseluruhan hidup dua daripada lapan anak perempuan termasuk menentukan calon menantunya. Salamat yang mempunyai sembilan orang anak kesemuanya bengang dengan dua orang anak perempuan kerana mereka berkahwin dengan lelaki bukan pilihannya. Malah Salamat sebelum ini melarang Madina dan Maryha keluar bertemu dengan kawan-kawannya dan memaksa mereka memasak dan membersihkan untuknya. Malah Salamat juga memaksa adik beradik perempuan menukar nama harta ke atas kepadanya serta anak lelaki Abbas, 34. Salamat juga memberitahu, mereka semua (adik beradik perempuan) bukan lagi dianggap sebagai ahli keluarga kerana telah memilih jalan sendiri. "Abang saya pernah mengugut untuk bunuh saya lebih daripada sekali. Dan saya fikir saat ini dia akan buat sesuatu. "Hidup seperti dalam penjara," ujar Madina yang berusia 21 tahun. Abbas dianggap anak lelaki yang setia dan mengikut apa yang dilakukan Salamat. -Metro.co.uk