suria

Cari kerja bukan pilihan, suami isteri dikecam gara-gara minta bantuan 'taja' percutian ke Afrika

Pasangan ini mahu mengumpul dana sebanyak 9,000 pound sterling untuk membiayai percutian mereka ke Afrika.

PASANGAN suami dan isteri dikecam kerana meminta bantuan orang ramai untuk membiayai percutian mereka ke Afrika bernilai 9,000 pound sterling.

Catalin Onc tinggal bersama isterinya, Elena Engelhardt di rumah ibunya ketika ini.

Mereka mahu menyertai percutian ke Afrika kerana mahu meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental.

Difahamkan ibunya terpaksa melakukan dua kerja untuk menampung kehidupan mereka.

Pasangan selebriti media sosial itu mencipta laman web GoFundME dengan memberitahu orang ramai bahawa mendapatkan pekerjaan bukan pilihan mereka.

"Ada beberapa individu memberitahu kami supaya mencari pekerjaan dan berhenti meminta tolong. Namun apabila anda mempunyai kesan yang dilakukan terhadap kehidupan orang lain, mencari pekerjaan bukan pilihan.

"Namun kami boleh jadi model dan memperoleh wang dengan segera. Tetapi kami tidak mahu mengiklankan kepenggunaan. Kerja biasa pada waktu ini amat memudaratkan," katanya.

Setakat ini mereka berjaya mengumpul dana sebanyak 180 pound sterling.

Catalin berkata buat masa ini ibunya menampung kehidupan mereka sekeluarga.

"Dia melakukan dua kerja. Kami tidak meminta wang daripadanya tetapi dia suka menolong kami.

"Ibu saya mahu anda tahu bahawa bukan hanya kami tetapi ratusan orang akan mendapat manfaat daripada pertolongan anda," katanya. - Metro.co.uk

Artikel Lain