suria

Wanita cedera diserang babi hutan di stesen MRT

SEORANG wanita cedera diserang seekor babi hutan di sebuah stesen tren bawah tanah di Hong Kong pada Rabu, selepas haiwan itu menceroboh masuk ke dalam stesen.

Babi hutan sepanjang satu meter itu dilihat berkeliaran di Jalan Forbes sebelum memasiki stesen MRT Kennedy Town, sebelum ia dikesan oleh petugas keselamatan pada kira-kira pukul 8 malam.

Bagi mengawal keadaan, pasukan polis memasang penghadang di mana haiwan itu berada dekat lif penumpang di pintu keluar B. 

Anggota dari Jabatan Pertanian, Perikanan dan Pemuliharaan (AFCD) menembak babi hutan menggunakan ubat pelali dan memasukkannya ke dalam kandang pada kira-kira pukul 9 malam.

Mangsa yang berusia 49 tahun cedera ringan di bahagian kaki selepas diserang babi hutan di lobi stesen, dan dibawa ke Hospital Queen Mary untuk mendapatkan rawatan. - South China Morning Post

MRT, Hong Kong, babi hutan

Artikel Lain