suria

Suspek rogol dua pelajar perempuan maut, testikel dipotong orang ramai

Polis sedang menyiasat kes kematian suspek dan dakwaan rogol dua pelajar perempuan oleh sekumpulan lelaki.

SEORANG lelaki yang didakwa merogol seorang pelajar perempuan meninggal dunia selepas testikelnya dipotong orang ramai yang berang dengan perbuatannya itu.

Suspek yang tidak didedahkan identitinya itu dipercayai merogol dua pelajar masing-masing berusia 14 dan 18 tahun secara berkumpulan di Ivory Park dekat Johannesburg, Afrika Selatan.

Dua lagi suspek berjaya melarikan diri daripada dibelasah orang awam.

Bagaimanapun mereka ditahan tidak lama kemudian.

Jurucakap polis Kolonel Lungelo Dlamini berkata: "Dua pelajar perempuan mendakwa didatangi sekumpulan lelaki bersenjatakan pisau dan pistol. Semua suspek kemudian merogol mereka."

Katanya, saksi memaklumkan insiden itu kepada penduduk berdekatan yang kemudian bertindak membelasah suspek.

Namun kertas siasatan dibuka terhadap kematian salah seorang suspek yang maut selepas dibelasah orang ramai. - Metro.co.uk

kes rogol, potong testikel

Artikel Lain