suria

Anak maut kemalangan akibat kereta dipandu hilang kawalan gara-gara terjumpa labah-labah

Tristan maut dalam nahas jalan raya. Foto WALES NEWS SERVICE

SEORANG kanak-kanak lelaki 11 tahun maut dalam nahas jalan raya selepas ibunya bertindak memandu bertentangan arah selepas menjumpai seekor labah-labah di dalam kereta.

Menerusi satu pendengaran inkues, disebabkan serangga itu, Cloud Younger memandu bertentangan arah sebelum merempuh sebuah kenderaan lain.

Cloud memberitahu polis bahawa seekor labah-labah mendekati tangan kirinya sehingga dia memandu di luar kawalan.

Kemalangan itu mengorbankan anak lelakinya, Tristan Keith Silver yang berusia 11 tahun pada Mei 2018.

Ketika kejadian, Cloud dalam perjalanan untuk menghantar Tristan ke sekolah.

Tristan parah dalam nahas itu, manakala Cloud dan anak perempuannya, serta pemandu kereta lain dan isterinya hanya mengalami cedera ringan.

Menurut satu keterangan yang dibacakan kepada mahkamah, dia memberitahu serangan tersebut menakutkan anak perempuannya, Branwen, dan dia cuba untuk menenangkan keadaan sejurus sebelum nahas.

Cloud bagaimanapun tidak memberikan bukti pada inkues tersebut. - Mirror UK

inkues, labah-labah

Artikel Lain