TAHI telinga berukuran 2.5 sentimeter berjaya dikeluarkan dari telinga seorang pesakit yang mendakwa mengalami masalah pendengaran. Insiden itu amat mengejutkan pakar audiologi Neel Raithatha yang mengeluarkan tahi telinga bersaiz luar biasa itu pada 22 Februari lalu. Neel dari The Hear Clinic & Clearwax yang berpangkalan di Leicestershire turut merakam video semasa proses itu dilakukan. Ia disifatkan sebagai antara proses yang menjijikkan. Neel Raithatha. Tahi telinga itu bagaimanapun berjaya ditarik menggunakan bantuan penyedut endoskopik. "Saya dan tuan punya badan sama-sama terkejut dengan penemuan itu. Saya hanya kata wow manakala pesakit pula berkata "Oh Tuhanku", katanya. Bagaimanapun gegendang telinga pesakitnya itu dilaporkan dalam keadaan baik. - Metro.co.uk