SEORANG kanak-kanak lelaki berusia empat tahun memandu kereta milik datuknya secara senyap-senyap untuk keluar membeli gula-gula. Jenna Swenson dikatakan memandu SUV datuknya lebih satu kilometer sebelum tiba ke sebuah stesen minyak. Situasi itu sempat disedari anggota polis sekaligus memberi kelegaan kepada keluarganya. Ujar neneknya pula, tiada kata untuk menggambarkan perasaan khuatirnya mengenai kejadian itu. Sewaktu pemanduan berkenaan, Jenna turut melanggar pokok sehingga kereta itu mengalami sedikit kerosakan. Kejadian itu berlaku pada Selasa lalu di Blaine, Minnesota, Amerika Syarikat. - News.Sky.