SEORANG wanita berusia 45 tahun nekad untuk menguruskan badannya selepas dia tiga kali keguguran. Ujar Tina Cotton, dia mula nekad untuk berubah sekitar Januari 2017. Dalam tempoh dua tahun, dia berjaya mengurangkan 57 kilogram berat badannya. Ia dimulakan dengan senaman berjalan dan dia juga menghentikan pengambilan makanan tidak sihat seperti kerepek kentang. "Saya dah tak makan kerepek kentang sekarang. Macam tak percaya, dulu saya memang makan banyak. Dulu sekurang-kurangnya tiga paket sehari. "Selepas kehilangan tiga cahaya mata dalam kandunga, saya tak boleh terima kenyataan. "Sukar nak terima yang saya tak boleh jadi ibu. Rasa sedah dan langsung tak jaga diri. Kini saya amalkan diet seimbang," ujar Tina. Tambah Tina, dia sekurang-kurangnya berjalan 16,000 langkah sehari. - The Sun.