SEEKOR lembu di Alabama, Amerika Syarikat (AS) mencatat rekod dunia dengan memiliki tandung paling panjang. Berukuran lebih tiga meter, ia membolehkan lembu berkenaan tersenarai dalam Rekod Dunia Guinness. Digelar sebagai Poncho, lembu itu kini berusia tujuh tahun. Menurut pemiliknya, Poncho mula dibela sejak ia berusia enam bulan. "Poncho menarik ramai orang untuk singgah tengok dia, beri makan dan macam-macam lagi," ujar pemilik lembu itu. Rekod milik Poncho disahkan oleh Guinness pada 9 Mei lalu. - The Sun.