DETIK ngeri melibatkan seorang jejaka sempat dirakam menerusi satu kejadian di perkampungan Ustikolina, Bosnia. Menerusi rakaman itu, mangsa, Ajanovic dilihat sedang duduk sambil memegang gergaji. Secara tiba-tiba, rakannya menjerit agar dia tidak menggerakkan badannya. Ia kerana seekor ular telah masuk ke dalam seluar pendek yang dipakai lelaki itu. Ajanovic yang terkejut dan ketakutan mengikuti arahan rakannya kerana bimbang dipatuk haiwan berbisa itu. Dengan bantuan rakannya, ular itu berjaya keluar dan Ajanovic juga selamat. "Saya berterima kasih kepada rakan saya yang sudah membunuh ular itu," ujarnya. - Daily Star.