SEORANG gadis membuat keputusan mengejutkan apabila dia mencacah tatu berbentuk hidangan kebab di lengannya. Lebih pelik, dia mengakui tidak suka menikmati hidangan itu. Kata Shana Laquisha, dia mahu membuat sesuatu untuk dikenang selepas bekerja di sebuah kedai kebab selama dua tahun. Baru berusia 19 tahun, dia merupakan petugas di outlet German Doner Kebab di Croydon, England. Mengakui tidak sakit, Shana berkata dia hampir tertidur sewaktu proses melukis tatu dilakukan. "Saya sebenarnya tak suka sangat kebab. Saya lebih suka McDonalds. "Dah terbiasa hari-hari bekerja di sini, memang dah jemu dan taknak makan kebab," katanya. - Mirror.