suria

Selain ubah warna kulit, wanita idam miliki payu dara terbesar di dunia

Martina gembira dengan perubahan terbaharunya itu.
BEKAS pramugari yang mendakwa mempunyai implan payu dara terbesar di Eropah masih belum berpuas hati dengan saiz tersebut.

Sehingga hari ini, Martina Big dari Jerman telah membelanjakan sekitar 50,000 pound sterling untuk 25 pembedahan membesarkan payu daranya.

Namun wanita berusia 31 tahun itu menjalani pembedahan implan payu dara yang memakan masa selama lima jam baru-baru ini.

"Saya tidak boleh sabar untuk memiliki 'aset' lebih besar," katanya.

Martina berhasrat untuk mempunyai payu dara bersaiz dua kali ganda daripada Maxi Wounds yang diangkat sebagai wanita memiliki payu dara terbesar di dunia.

Suami Martina menyukai perubahan isterinya itu.

"Saya kurus tetapi mempunyai payu dara besar. Bagi rekod dunia (Guinness) saya memerlukan lagi empat inci untuk menewaskannya (Martina Big)," katanya.

Martina yang menjadikan pelakon Pamela Anderson dan Katie Price sebagai idolanya turut menukar warna kulitnya.

Dia dilahirkan berkulit putih dan beramput perang tetapi berhasrat menukar kulitnya kepada warna coklat.

Malah Martina juga berkata dia mahu menjalani kehidupan sebagai wanita Afrika tulen.

Suaminya Michael yang dikenali sejak dia berusia 17 tahun turut menyukai perubahan terbaharu isterinya itu. - Mirror.co.uk




payu dara, implan

Artikel Lain