suria

Bayi dilahirkan dengan rambut lebat, kini sedia bertemu tukang gunting enam minggu sekali

Arthur kini berusia setahun sembilan bulan.

SEORANG bayi yang dilahirkan dengan mempunyai rambut lebat kini sedia untuk bertemu tukang gunting setiap enam minggu.

Arthur Patel, 21 bulan dilahirkan dengan rambut lebat dan membuatkan ramai yang terkejut.

Sejak dilahirkan rambutnya telah digunting sebanyak sembilan kali, dan kali pertama pada usia 12 minggu.

Arthur mempunyai rambut yang lebat ketika dilahirkan.

Ibunya, Anna Barnard memberitahu, orang ramai tidak terlepas pandang melihatnya yang mempunyai rambut yang cantik.

"Dia dilahirkan dengan mempunyai rambut penuh di kepala. Semua orang terkejut melihat rambutnya.

"Biasanya bayi normal akan memakai topi untuk mengelak panas, namun Arthur tidak perlu berbuat kerana mempunyai perlindungan yang baik.

"Tukang gunting juga turut terkejut kerana rambutnya cepat panjang," ujarnya. - mirror.co.uk

Rambut lebat, bayi

Artikel Lain