suria

Jumpa 50 'sugar daddy' dalam masa 4 tahun, gadis terdesak wang untuk biaya universiti kini ketakutan

Sepanjang empat tahun, Jess bertemu lebih 50 sugar daddy.

SECARA suka-suka menjadi wanita simpanan, dia kini hidup dalam ketakutan.

Begitulah yang dihadapi Jessica Hyer, 24, apabila nyawanya kini terancam.

Lebih dikenali sebagai Jess, dia pada mulanya mencari sugar daddy menerusi satu laman web.

Ia bertujuan untuk mencari wang bagi menampung perbelanjaan pengajiannya di universiti.

Kata Jess, dia kini trauma setelah berdepan dengan banyak situasi melibatkan sugar daddy.

Biarpun memberi pulangan ekspres, dia juga terpalit dengan kerja-kerja seks.

Sepanjang empat tahun, Jess mengakui sudah bertemu lebih 50 sugar daddy.

Dia juga mendedahkan tidak semua sugar daddy memiliki wang yang banyak.

"Apabila dah terjerumus dan senang dapat duit, memang susah nak berhenti.

"Kesihatan mental saya kini terjejas, saya rasa terasing dan tiada sokongan buat saya," katanya.

Jess berkata, dia sudah berhenti menjadi wanita simpanan untuk tujuan seks sejak tahun lalu.

Dia juga kini menjalani terapi dan sedang dalam fasa pemulihan masalah mental yang dihadapinya. - Mirror.

Artikel Lain