suria

Wanita dipenjara gara-gara minta suami 'sado' bantu kemas rumah

Valerie sempat dipenjarakan selama 17 jam.

SEORANG wanita ditahan dan didakwa sebagai 'queen control' selepas meminta suaminya yang juga ahli bina badan untuk mengemas rumah mereka.

Valerie Sanders, 58, dari Catterick, Yorkshire Utara mendakwa dia mengarahkan suaminya Michael, 58, untuk meninggalkan sesi di gimnasium dan menggantikan rutin itu dengan kerja-kerja di rumah.

Wanita itu dipenjarakan selama 17 jam dan berdepan pertuduhan mengawal tingkah laku.

Namun kesnya digugurkan sebelum sempat dibicarakan.

Bercakap kepada The Sun, Valerie berkata dia dilayan seperti penjenayah kerana meminta suaminya untuk menolongnya mengemas rumah mereka.

Michael amat meminati sukan bina badan.

Valerie mendakwa suaminya menghabiskan sepanjang masa di gimnasium dan jarang membantunya kecuali membasuh kereta.

Wanita itu berkata dia meninggalkan nota untuk Michael meminta dia untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di rumah.

Pasangan itu berkahwin pada 2014 selepas bertemu secara dalam talian dua tahun sebelum itu.

Valerie berkata Michael obses dengan sukan bina badan selepas mendapat pekerjaan sebagai pengurus di sebuah gimnasium.

"Dia berlatih sepanjang masa. Dia makan lima atau enam kali sehari dan mengisar semua makanannya.

"Kami berhenti keluar makan. Saya bekerja dan dia berada di gim dari awal pagi hingga lewat malam. Saya tidak jumpa dia di rumah," katanya. - Mirror.co.uk

sado, queen control, kerja rumah

Artikel Lain