SEORANG gadis maut diserang tiga ekor jerung ketika sedang bercuti bersama keluarganya di Bahamas. Jordan Lindsey, 21, dari Torrance, California sedang menyelam ketika dikelilingi haiwan tersebut. Dia berenang berhampiran Kepulauan Rose kira-kira pukul 2 petang Rabu apabila ibu bapanya cuba menjerit kepadanya sebagai amaran sebelum dia diserang. Bagaimanapun Lindsey tidak terdengar jeritan tersebut. Pelajar Komunikasi Alam Sekitar itu mengalami kecederaan teruk dalam serangan berkenaan. Tangan kanannya bukan sahaja koyak malah dia juga digigit di tangan kiri, kedua-dua kaki dan punggung. Penyiasat percaya dia diserang tiga ekor jerung. Polis Royal Bahamas berkata Lindsey disahkan meninggal dunia di sebuah hospital di Nassau. - Mirror.co.uk