SEORANG ahli silap mata Li Lau digegaskan ke hospital selepas anak panah tertusuk dikepalanya ketika sedang membuat persembahan. Li Lau yang sedang membuat persembahan di National Arts Festival (NAF) digegaskan ke hospital dengan anak panah masih terlekat kepalanya. Lau yang dikenali ‘One Crazy China’ sedang membuat persembahan dengan seorang lagi ahli silap mata Brendon Peel. Peel mengakui insiden yang berlaku di luar jangkaan walaupun mendakwa ‘set up’ yang dibuat tidak membahayakan nyawa ahli silap mata. “Terdapat adegan menggunakan anak panah tetapi struktur ilusi sangat mustahil untuk terjadinya kemalangan. “Kedua-dua pihak berjalan lancar dan persembahan dijalankan mengikut jadualkan.” Lau difahamkan tidak mengalami kecederaan serius dan bernasib baik kerana busur itu tidak tertusuk hingga ke tengkorak. Dia hanya mengalami pengsan. –Dailymail.co.uk