SIAPA sangka, seorang lelaki tergamak membunuh isteri dan anak-anaknya? Begitulah yang berlaku di Multan, Pakisatn, baru-baru ini. Lelaki itu, Muhammad Ajmal didakwa berang setelah melihat foto isterinya dengan lelaki lain. Selain menembak mati isteri dan tiga anaknya, dia juga turut membakar mayat mereka. Malah, dia turut membunuh tiga kakak iparnya, dua orang anak saudara dan ibu mentuanya. "Ia memang satu perbuatan membunuh. Dia lihat foto isterinya dengan lelaki lain, dia percaya wanita itu curang," ujar pegawai polis daerah Multan. Selain Ajmal yang bekerja sebagai tukang jahit, bapanya turut didakwa atas kejadian jenayah kejam itu. - Mirror.