suria

Ibu leka jaga bayi, anak usia 2 tahun berkeliaran hingga maut dibaham buaya di ladang milik keluarga

Kanak-kanak itu keluar berkeliaran sewaktu ibunya sibuk menjaga seorang bayi.

MALANG tidak berbau, begitulah gambaran nasib seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang maut dibaham buaya.

Menerusi kejadian di Siem Reap, Kemboja, Rom Roath Neary keluar berkeliaran sewaktu ibunya sibuk menjaga bayi.

Dia dikatakan berjalan ke ladang keluarganya yang turut menjadi lokasi kurungan buaya.

Disebabkan badannya yang kecil, dia berjaya menyelinap menerusi pagar, lapor Khmer Times.

Satu foto tular memaparkan sekumpulan buaya dikurung di lokasi itu.

Tengkorak kanak-kanak itu ditemui di dasar kolam kurungan haiwan ganas berkenaan.

Foto oleh media tempatan memaparkan ibu bapa mangsa menitiskan air mata sewaktu tengkorak anak kecil mereka dibawa keluar. - Daily Star.

buaya, dibaham buaya, ladang, kolam

Artikel Lain