KE mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Begitulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan legasi Steve Irwin yang kini disambung oleh anak lelakinya. Menerusi laman Twitter, Robert Irwin memuat naik foto dia bersama seekor buaya yang mana ia menyerupai foto lama bapanya dengan reptilia sama 15 tahun lalu. "Ayah dan saya bagi Murray (buaya) makan. Tempat sama, buaya sama. Dua foto berbeza 15 tahun," tulisnya. Foto itu dirakam sewaktu sesi persembahan kepada pengunjung di Zoo Australia. Bapanya, Steve Irwin yang popular menerusi siri Crocodile Hunter meninggal pada 2006 akibat disengat ikan pari. - The Sun.