suria

Tujuh sekawan kongsi beli rumah, persiapan hadapi hari tua bersama

Rumah idaman tujuh sekawan menjadi kenyataan bagi persediaan hari tua mereka.

BERMULA dengan 'borak-borak kosong' tujuh sekawan pada tahun 2008 untuk membeli rumah dan tinggal bersama.

Namun perbualan itu menjadi kenyataan tahun lalu apabila tujuh orang wanita berkongsi membeli sebuah rumah di subbandar Guangzhou.

Mereka berkongsi membeli dan mengubah suai sebuah rumah banglo tiga tingkat dengan harga 4 juta yuan (462,000 paun).

Kediaman itu dilengkapi dengan tingkap cermin, ruang terbuka di bahagian ruang tamu, dapur serta sebuah kolam renang. Ianya terletak di tengah-tengah sawah padi.


Mereka menemui sebuah rumah terbiar sebelum bersetuju berkongsi membelinya.

"Pada mulan kami hanya bergurau. Kami beritahu akan menempuh hari tua bersama apabila berusia 60 tahun dan tinggal bersama selepas masing-masing bersara," ujar salah seorang daripada tujuh wanita itu, Jin Du.

Tujuh wanita ini telah berkawan baik sejak 20 tahun lalu di tempat kerja dan kini usia mereka 30-an.

"Kami akan memasak dan mengadakan berbeku di padang, menyanyi dan mencari makanan daripada kampung.

Kediaman mereka dikelilingi sawah padi.

"Kami semua hidup sendiri tetapi kami boleh berkomunikasi dan bergantung antara satu sama lain dalam masa yang sama.

"Sepuluh tahun selepas ini anak-anak akan membesar. Jadi kami harap akan bersama lagi selepas 10 tahun," tambah Jin.-Dailymail.co.uk

Artikel Lain