SEORANG penyanyi terkenal dikejarkan ke hospital selepas sesi penggambaran dalam salji bertukar tragedi. Penyanyi pop Rusia, Olga Buzova melakukan posing dengan hanya memakai baju renang dalam keadaan bersalji di pergunungan French Alps. Bekas isteri pemain bola sepak kebangsaan Rusia Dmitri Tarasov itu kemudian dilaporkan berlepas ke Latvia untuk melakukan persembahan teater sebelum jatuh sakit dan terpaksa dikejarkan ke hospital berdekatan. Olga merupakan bekas isteri kepada bintang bola sepak Rusia. Olga berkongsi video dia hanya memakai pakaian renang dan but dengan seramai 15 juta pengikutnya di Instagram. Dalam video itu, Olga berkata:"Ini adalah gambar di mana saya terpaksa berpura-pura rasa tidak sejuk." Pada suatu ketika dia dilihat tidak dapat mengimbangi dirinya lalu terjatuh di atas salji tebal itu. - Dailystar.co.uk