suria

Tak senonoh! Jilat aiskrim kemudian letak dalam peti sejuk, wanita ini diburu polis

Wanita ini sedang diburu polis Lufkin kerana perbuatannya yang tidak senonoh.

VIDEO seorang wanita melakukan perbuatan tidak senonoh apabila menjilat aiskrim sebelum meletakkannya semula ke dalam peti sejuk tular di media sosial.

Klip berkenaan di twit @BlindDensesu dan telah ditonton lebih 11 juta kali dengan netizen menganggap ia perbuatan jijik dan menjengkelkan.

Menurut laporan USA Today, polis Texas dikatakan telah mengenal pasti wanita dalam video itu yang dalam insiden di Blue Bell Creameries.

Malahan, pemeriksaan juga mendapati wanita berkenaan ke premis berkenaan bersama seorang lelaki. Pasangan itu mungkin sedang membeli belah di premis berkenaan.

"Video yang tular di media sosial pada 28 Jun lalu mendorong polis Lufkin menyiasat kejadian di premis Walmart di San Antonio, Houston dan juga Lufkin," demikian maklumat terkini pihak polis berhubung siasatan kes berkenaan.

Susulan kejadian itu, premis Blue Bell telah mengeluarkan sebahagian produk Tin Roof daripada rak Walmart di Lufkin kerana video yang tular itu telah menyebabkan orang ramai jijik melihatnya.

Berdasarkan komen netizen, ramai yang menganggap ia perbuatan individu bermasalah mental, malahan ada yang mahu wanita terbabit ditahan.-Indianexpress







Blue Bell, Luftkin, aiskrim

Artikel Lain