SEORANG penjinak haiwan terkenal meninggal dunia akibat dibaham empat ekor harimau. Kejadian berlaku sewaktu dia sedang membuat persiapan untuk persembahan sarkas pada Khamis di Circo Orfei, Itali. Mangsa, Ettore Weber, 61, sedang membuat raptai sebelum seekor harimau menyerangnya. Kemudian, tiga ekor harimau lain turut menyerang lelaki itu. Biarpun cuba diselamatkan oleh rakannya, dia yang mengalami kecederaan teruk akhirnya meninggal dunia. Kejadian itu berlaku sejam sebelum persembahan sarkas dimulakan. Ia dijadualkan dipersembahkan di bandar Bari sehingga 15 Julai ini. - Daily Star.