suria

Pemandu terlelap, bas terjunam korbankan 29 nyawa

Hampir 50 penumpang menaiki bas yang dalam perjalanan ke Delhi sebelum ia terjunam di laluan berdekatan Agra.

SEKURANG-KURANGNYA 29 penumpang bas terkorban, manakala beberapa lain cedera selepas bas menuju Delhi itu terjunam kira-kira 16 meter ke dalam parit besar di tepi laluan Lebuhraya Yamuna pagi Isnin.

Bas UP Roadways yang dalam perjalanan dari Lucknow ke Delhi terlibat dalam kemalangan di lebuh raya sepanjang 165 kilometer itu berdekatan Agra.

"Pemandunya yang memandu laju terlelap sehingga menyebabkan hilang kawalan sebelum terjunam dalam parit besar berhampiran Kuberpur," kata Majistret Daerah Agra, Ravi Kumar kepada pihak media.

Kata polis, sekurang-kurangnya 27 mayat telah ditemui dalam pengangkutan awam yang hampir separuh tenggelam dalam lumpur.

Selain itu, 15 penumpang lain telah dikejarkan ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan.

Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath turut maklum berhubung kejadian melibatkan bas yang membawa 46 penumpang itu.

Pentadbiran negeri itu juga sedang menguruskan agihan pampasan kepada keluarga mangsa tragedi berkenaan.

Penumpuang bas berkenaan dikatakan dalam perjalanan untuk beribadat . -indiatoday



Agra, Yamuna, bas

Artikel Lain