suria

Jutawan Arab mahu tarik bongkah ais sejauh lebih 8,800km atasi kemarau di Timur Tengah

SEBUAH bongkas ais akan ditarik dari Pulau Heart ke UAE. Foto National Advisor Bureau Limited

SEORANG jutawan Arab untuk menarik sebuah bongkah ais ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam usaha menyediakan air minuman segar untuk negara Timur Tengah itu yang dilanda kemarau.

Ahli perniagaan, Abdulla Alshehi berharap untuk mengangkut sebahagian besar ais sejauh lebih 8,800 kilometer dari Pulau Heard, berhampiran Antartika, ke UAE menggunakan bot tarik yang diubah suai.

Bongkah ais itu kemudiannya akan berlabuh dua kilometer dari pantai Fujairah, yang merupakan sebuah bandar kecil di Teluk Oman dan salah satu daripada tujuh wilayah yang membentuk UAE.

Alshehi mendakwa rancangannya itu dianggarkan kos bernilai $150 juta (RM620 juta), yang akan menyediakan penduduk di UAE dengan sumber air minuman segar selama lebih setahun.

Ia juga berharap dengan bongkah ais itu boleh menjadi tarikan unik buat pelancong. - Mirror UK

Artikel Lain