SEORANG lelaki berjaya menyelamatkan diri selepas diserang sekumpulan monyet di luar kediamannya di India. Ketika kejadian, Nikunj Goyal sedang meletakkan skuternya dan berjalan ke pintu depan rumahnya di Vrindavian di utara Uttar Pradesh pada Sabtu. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di jalan menunjukkan Nikunj berpaling ke satu sudut apabila sekumpulan monyet sedang berkeliaran dekat tempat pembuangan sampah. Rakaman menunjukkan salah seekor monyet mendekatinya sebelum melompat ke belakang badan sebelum mangsa memasuki rumahnya. Beberapa ekor monyet kemudian turut menyerang Nikunj menyebabkan mangsa terbaring di atas tanah. Nikunj cuba melepaskan diri sebelum berjaya melarikan diri dari kawasan itu. Lebih 10 ekor monyet dilihat menyerang Nikunj dalam kejadian tersebut. - Mirror UK