suria

Prank jahat! Pemuda hampir cedera gara-gara bola diisi simen, “Nasib baik tak sempat sepak”

Bola yang diisi simen ditemui di sebuah taman di Bristol pada Isnin lalu.

JENAKA atau prank yang mungkin boleh membawa kesakitan jika ada yang terkena.

Begitulah kisahnya melibatkan perbuatan keji apabila sebiji bola diisi dengan konkrit di Bristol, England.

Menurut seorang pemuda, dia menemui bola itu pada Isnin.

Turut tertulis satu nota ringkas di permukaan bola: "Saya rasa ia pasti menyakitkan."

Dia yang sedang membawa anjingnya keluar bersiar-siar hampir sahaja menendang bola itu.

"Kami jalan-jalan di sekitar taman dan saya nampak bola itu. Memamng niat nak buat tendangan.

"Sewaktu menghampirinya, saya cuba gerakkan dengan kaki, saya perasan ia sangat berat. Nasib baik tak sempat sepak," katanya.

Ujarnya, ia dianggarkan seberat 15 ke 20 kilogram (kg).

Malah katanya, sesiapa yang menendang bola itu pastinya akan mengalami kesakitan.

"Ada orang sanggup buat macam ni. Ia jelas bertujuan untuk sakitkan orang lain. Ada nota tak elok tertulis di bola itu.

"Saya tak rasa kanak-kanak yang buat, macam mana mereka nak cari simen konkrit," ujar pemuda itu. - Daily Star.

simen, bola, prank, tendangan bola

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan