suria

Budak 4 tahun ditemui kepanasan, dikurung ibu sendiri dalam kereta sebagai denda

Ibu kanak-kanak itu, Jesica Lee Brown yang berusia 28 tahun. FOTO: Salt Lake City Jail.

KEJAM! Seorang wanita sanggup meninggalkan anaknya bersendirian dalam kereta sebagai denda.

Lebih malang, mangsa berusia empat tahun ditemui kepanasan akibat perbuatan itu.

Polis yang menerima maklumat bergegas ke tempat kejadian sebelum melihat tingkap kereta itu tertutup rapat.

Ujar anggota polis, dia ditemui dalam keadaan berpeluh dan kepanasan.

Namun, polis tidak dapat memastikan berapa lama mangsa ditinggalkan dalam keadaan sedemikian.

Ibunya, Jesica Lee Brown, 28, berkata, dia menghukum mangsa kerana berkelakuan tidak elok.

Kejadian berlaku di Utah, Amerika Syarikat.

Selain itu, ibu mangsa turut didakwa atas kesalahan berkaitan dadah yang dilakukan di hadapan anaknya. - Daily Star.

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan