SEORANG pekerja dirakam kencing dan mengorek hidungnya sebelum mencalitkannya ke dalam mesin ais krim. Jung Soon Wypcha dikatakan membuang air kecil di dalam sebuah mesin ais krim di Lu Lu Ice Cream dekat Indian Shore, Florida, bulan lalu. Selepas itu dia dilaporkan membuang sampah ke dalam sinki yang digunakan untuk membasuh peralatan dan mangkuk di kedai ais krim tersebut. Wypcha juga didakwa menyentuh ais krim itu tanpa mencuci tangannya. Lebih menjijikkan dalam rakaman itu, dia dilihat meludah ke dalam karton ais krim tersebut. Perbuatannya itu menyebabkan kedai ais krim tersebut ditutup untuk kerja pembersihan. Difahamkan kedai itu terpaksa membelanjakan sekitar AS$2,000 untuk membersihkan peralatan dan membuang ais krim yang terjejas. Wypcha ditahan pada Isnin dan didakwa atas jenayah merosakkan makanan. - Metro.co.uk