AMERIKA Syarikat (AS) menyambut bayi pertama yang dilahirkan seorang wanita yang mendapat rahim daripada seorang penderma yang sudah meninggal dunia. Bayi perempuan itu dilahirkan di sebuah klinik di Cleveland, Ohion menerusi kaedah pembedahan pada Jun lalu. Pakar bedah memindahkan rahim daripada penderma yang sudah meninggal itu ke dalam badan ibu bayi perempuan itu pada hujung tahun 2017. Wanita yang berusia awal 30-an itu hamil menerusi kaedah IVF pada hujung tahun 2018. Pakar transplan Dr Andreas Tzakis berkata bayi itu dilahirkan tanpa sebarang komplikasi. "Ia amat menakjubkan melihat proses kelahiran yang luar biasa ini. "Menerusi penyelidikan ini kami berhasrat melakukan proses ini kepada wanita biasa yang memilih kaedah ini. "Kami berterima kasih kepada penderma dan keluarganya kerana merealisasikan impian pesakit untuk memiliki anak," katanya. - Metro.co.uk