SEBUAH majlis perkahwinan bertukar tragedi apabila empat tetamu mengalami sesak nafas secara tiba-tiba. Ia susulan tindakan seorang individu tidak dikenalpasti yang melepaskan bahan beracun di atas lantai tari di majlis berkenaan. Pasukan perubatan dipanggil ke acara itu yang berlangsung di Hotel Double Tree by Hilton di Congesbury, utara Somerset, England pada Jumaat lalu. Polis kini sedang menyiasat kejadian itu. Menurut polis, larutan alkali dibuang ke atas lantai menyebabkan empat tetamu mengalami kesukaran bernafas. Tetamu yang lain bagaimanapun selamat. - Daily Star.