suria

Budak kepala teleng tuntut janji pemimpin biayai kos pembedahan

Keadaan itu menyukarkan kehidupan Afsheen.

SEORANG budak perempuan masih belum menjalani pembedahan untuk membetulkan keadaan kepalanya yang teleng seperti dijanjikan dua tahun lalu.

Afsheen Kumbar, 11, mendapat perhatian seluruh dunia pada 2017 selepas gambar keadaan kepalanya teleng 90 darjah tular di media sosial.

Kanak-kanak perempuan itu mengalami kecederaan dibahagian leher selepas terjatuh ketika berusia lapan bulan dan ibu bapanya tidak dapat menghantarnya ke hospital kerana tiada wang.

Pada Februari 2018, Afsheen mendapat tajaan dan dibawa ke Hospital Universiti Agha Khan di Karachi untuk menjalani pembedahan.

Namun pembedahan itu terpaksa ditangguhkan.

Afsheen Kumbar.

Abangnya yang dikenali sebagai Yaqoob berkata sejak itu penaja yang juga seorang pemimpin tidak lagi mengangkat panggilan telefon untuk mengatur semula jadual rawatan.

"Doktor di Hospital Agha Khan melakukan semua pemeriksaan.

"Mereka beritahu kami ada peluang 50 peratus pembedahan itu akan berjaya. Mereka minta kami pulang dan fikir mengenainya.

"Namun selepas sebulan, seorang pemimpin yang berjanji untuk menaja pembedahan itu tidak pernah mengangkat panggilan telefon kami.

"Kami tiada wang untuk membawa Afsheen ke hospital sendiri," kata Yaqoob.

Keadaan itu menyebabkan Afsheen hidup menderita selain menyukarkannya untuk makan, ke tandas dan berjalan.

Yaqoob pula terpaksa berhenti kerja untuk menjaga adiknya itu sepenuh masa. - Metro.co.uk

kepala teleng, Afsheen Kumbar

Artikel Lain