suria

Jurugambar seronok guna lampin pakai buang ketika dewasa, tonton kartun atasi trauma zaman kecil

David menggunakan lampin pakai buang untuk orang dewasa sejak lima tahun lalu.

SEORANG jurugambar berusia 24 tahun hidup menggunakan lampin pakai buang khas untuk orang dewasa yang dibelinya secara dalam talian.

Jurugambar itu yang dikenali sebagai David menyertai komuniti pencinta lampin pakai buang sejak lima tahun lalu selepas dibuang keluarganya ketika berusia lima tahun.

David yang tinggal di bahagian selatan Amerika Syarikat (AS) menghabiskan kehidupannya makan makanan bayi, menonton kartun dan bermain dengan alat mainan untuk membantunya mengatasi trauma dilaluinya semasa zaman kanak-kanak.

David menikmati zaman kanak-kanak yang tidak dapat dilaluinya semasa kecil.

"Saya tinggal di rumah kebajikan selama 13 tahun dan didera.

"Saya rasa saya tidak ada kehidupan seperti kanak-kanak lain, jadi saya mahu merasainya sekarang.

"Saya jadi seperti bayi dewasa selama lima tahun. Sejujurnya saya pernah dengar mengenainya secara online, saya cuba dan saya jatuh cinta dengan kehidupan itu," katanya.

David bekerja dari rumah sebagai penyunting dan juruanimasi 3D sekali gus memberi dia kebebasan untuk menikmati zaman lampaunya secara privasi. - Metro.co.uk

Artikel Lain