JIKA ramai yang memandang serong terhadap permainan seperti PUBG dan Fortnite, kanak-kanak ini pula menggunakannya untuk tujuan yang begitu mulia. Berasal dari Kanada, kanak-kanak itu membuat penstriman langsung (live streaming) dia bermain Fortnite untuk mengumpul dana. Dia membuat penstriman itu selama sepuluh jam sehari. Ia bagi mencari wang tambahan untuk membiayai bapanya yang menghidap kanser. Malah, bapanya turut muncul dalam penstriman itu untuk menjelaskan keadaan kesihatannya. Dia didiagnos menghidap kanser usus dubur tahap tiga pada September tahun lalu. Ujar kanak-kanak itu, dia memerlukan sejumlah wang untuk rawatan bapanya. - Bored Panda.