PENAMPILAN terbaharu Putera Harry menerusi foto yang dimuat naik menerusi laman Instagram rasmi miliknya dan Meghan Markle ternyata mengejutkan ramai. Salah satu daripada tiga foto tersebut memaparkan keadaan terbaharu masalah rambut adik kepada Putera William itu. Foto itu dirakam di London pada Jumaat sewaktu satu acara rasmi melibatkan Harry. Menurut peminat, mereka terkejut melihat rambut Harry yang semakin berkurangan. Malah, masalah kebotakan itu dipercayai semakin meruncing selepas dia mendirikan rumah tangga. Baru-baru ini, seorang pakar rambut turut memberi bayangan bahawa Harry berisiko untuk botak sepenuhnya dalam tempoh lima tahun lagi. - Daily Star.