SEORANG lelaki dari Rusia sebelum ini menjadi perbualan ramai kerana memiliki fizikal yang 'sado' persis karakter kartun Popeye. Dikenali sebagai Kirill Tereshin, 22, dia mengakui ada membuat suntikan untuk mendapatkan bentuk badan sedemikian. AKibat suntikan minyak, dia kini mula berhadapan dengan kesan-kesan buruk. Doktor turut memberi amaran bahawa tangannya mungkin perlu diptong. Kini, Kirill merayu agar dibawa ke United Kingdom (UK) untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Dia turut melancarkan tabun derma bagi membiayai perjalanannya ke sana. - Daily Star.