suria

Pemandu hampir maut terlanggar kaktus gergasi

Keadaan kereta yang dipandu mangsa.

SEORANG pemandu lelaki nyaris maut apabila kereta dinaikinya melanggar sebatang pokok kaktus gergasi.

Menerusi kejadian di Arizona, Amerika Syarikat, kaktus tersebut dilihat menembusi cermin hadapan kereta yang dipandu Kai Scott.

Pemandu berusia 39 tahun itu turut ditahan atas kesalahan memandu secara berbahaya.

Kejadian berlaku sekitar 9.20 pagi, 10 Julai lalu.

Pemandu mengalami kecederaan ringan dan kini ditahan.

"Kami masih berada di peringkat awal siasatan, maklumat selanjutnya menyusul," kata ketua polis Prima menerui satu kenyataan. - The Sun.

Kai Scott, kaktus gergasi, kemalangan

Artikel Lain