SEORANG menteri dari Parti Goa Forward di India menerima kecaman ramai atas kenyataannya yang menghina pelancong. Menurut Durgadas Kamat, tindakan pelancong yang tidur di kawasan lapangan terbang disifatkannya sebagai perbuatan murahan. "Lapangan Terbang Goa perlu bertindak. Kenapa kita perlukan pelancong murahan di Goa? "Kita tak perlukan mereka untuk melawat Goa, kita perlukan pelancong yang berkualiti," ujarnya lagi. Dalam pada itu, pelayar Twitter turut menyelar kenyataan berkenaan. Malah, netizen turut memberi cadangan agar menteri itu fokus dalam membina fasiliti untuk kemudahan orang ramai. - India Today.